:: Dunia Tanpa Suami ::
Ding – dong ~
Hi there… *smile*smile*
Good news to all..
Another book out…
(Mcm publisiti la pulak *hehehe*)
But this book is really ‘something’…
It’s a MUST-READ for us all..
To ‘erase’ the BIAS we had on people ‘without husbands’..
Kita selalu dgr org ckp psl jodoh..
Pasal suami..
Pasal isteri..
And kita selalu doa (especially women) taknak jadi anak dara lambat kahwin..
Tp pernah tak kita AMBIL TAHU apa perasaan dan pemikiran diorang yg lewat kahwin atau tak kahwin2 ni??
Pernah tak kita BERSANGKA BAIK dgn kondisi mereka?
Pernah tak terfikir ini salah satu UJIAN & DUGAAN Allah utk hamba2-Nya?
Apa yg kita selalu fikir bila sebut ‘anak dara tua’ (dan yg sewaktu dgnnya)??
Org yg memilih sgt?
Org yg hanya bergantung pd nasib?
Org yg tak berusaha?
Org yg tak laku?
Org yg tak pandang dunia?
Well.. i think this book reveals ‘some’ of the INSIDE of the situation..
Let us think carefully..
We always judge people without actually trying to give support or help..
So what is actually our role in this community called Ummah?
Think~
Ni sinopsis buku ‘Dunia Tanpa Suami’:
Buku ini ditulis dengan ‘hati’ supaya ada hati-hati yang lebih mengerti. Supaya ada jiwa-jiwa yang lebih menghargai. Supaya ada bibir-bibir yang lebih berhati-hati. Supaya lebih banyak insan mensyukuri.
Bagi insan yang sering menggunakan gelaran ‘andalusia’, ‘andartu’, ‘Dah expired’, ‘janda meletup’, ‘janda berhias’ dan gelaran-gelaran lain, berhati-hatilah. Barangkali ada hati yang terguris dengan kalimat-kalimat ini.
Bagi insan yang sering menuduh tanpa usul periksa, berjaga-jagalah. Jangan membuat andaian sesedap rasa. Barangkali mereka terpaksa menolak lamaran demi lamaran kerana menjaga ibu tua yang tidak berdaya.
Barangkali mereka dipinggarkan oleh insan-insan yang mengutamakan paras rupa, harta dan pangkat, kekayaan serta kemewahan. Boleh jadi mereka menjadi mangsa jerat cinta dusta. Mungkin juga mereka punya amanah menyara keluarga. Barangkali juga mereka dihambat kisah duka dan luka.
Buku ni ditulis oleh Kak Roha Hassan *thumbs up for her* =)
Diterbitkan oleh Tinta Ori..
Harganya murah je: RM 12 (Sem. M’sia) & RM 14 (Sabah/Sarawak)
Bahasa yg digunakan pon mudah je..
N apa yg istimewanya lg: dlm buku ni diselitkan jugak ‘luahan hati’ (19 koleksi kisah benar beserta tip menarik)..
Oh, n buku ni bukan utk tarik simpati!!
Kalau anda masih ragu2 utk memahami ‘dugaan’ ni..
Fikir blk: Situasi ni mungkin tak dilalui oleh anda, tp tak mustahil kalau Allah nak ‘menghadiahkan’ situasi ni pd anak cucu anda...
Jadi, bukalah hati & minda.. Fahami keadaan..
Mudah-mudahan ia menjadi ‘didikan’ (tarbiyyah) berguna dlm mendekati masyarakat..
Dan bg yg sdg menghadapi ‘ujian’ ini...
Bacalah buku ini dan anda akan dapati bahawa anda tak keseorangan..
Masih ramai yg memendam rasa mengharungi ‘ujian’ ni..
Cuma tak ramai yg berani bersuara..
Mudah-mudahan anda akan lebih yakin utk masuk ke dlm masyarakat...
Kerana setiap hamba itu mendapat kedudukan mulia di sisi Tuhannya bergantung pd TAHAP KETAKWAAN~
Slmt membaca!! (”,)
p.s. Kak Roha adalah penulis pada buku ‘Aku Ori, Bukan Fotokopi’ yg dihasilkan bersama dgn sebuah CD yg mengandungi 6 lagu-lagu hadis dan 4 tazkirah.. and also buku ‘Sentuhan Papa, Belaian Mama’..
p.p.s. BERSYUKUR lah dgn apa yg Allah pinjamkan utk kita... *sniff*sniff* (bimbangnya lupa diri dlm lautan kenikmatan)~
Tgh Mood Menulis,
Afrah *smiile*
Rabu..
Petang..
16 April 2008..
Comments