:: Perbezaan Kita ::


bismillah...

setelah selesai membaca journal2 (compulsory) yang prof. ted berikan, serta selesai memprint essay yang value nya 5% dpd markah course sem ini, diri ini terasa sedih (dan letih!)... banyaknye masa yang akan terbuang andainya aku tetap memilih jalan 'itu'...

bidang psikologi yang mengkaji tentang perbezaan individu.. kelihatannya sangat menarik...hampir 2 tahun setengah aku terpesona dengan 'lukisan megah' itu.. tp akhirnya termangu sendirian.. tertanya2 apa yg ahli2 akademik ini sedang asyik ungkaikan... jawapan apa yang sedang mereka carikan?

ada yang dengan bongkaknya mengatakan perbezaan kita terletak sepenuhnya pada genetik.. DNA dalam sel badan kita penentu kesuksesan dan taraf hidup.. sudah ditentukan sejak lahir.. tapi ada pula yang dengan lantangnya mendebat.. bahawa egalitarian itu unsur utama pembentukan masyarakat dunia yang makmur... manusia ini semuanya sedarjat... cerdik atau berjaya seseorang itu letaknya pada peluang yang sekata untuk semua...

namun akhirnya, tiada jawapan yang disepakati... uji kaji dan soal selidik dijalankan tanpa keluh kesah, kononnya demi mencari kebenaran yang pasti... habis berbelanja wang, harta, tenaga dan masa... walhal walaupun jawapan akan mereka setujui, ianya tidak akan memberi apa2 makna, malah tidak juga menjamin kebahagiaan yang hakiki..

aku yang muslim (berserah diri sepenuhnya pada Allah yang Maha Esa) ini rasa bahagia apabila Tuhan tidak mendiskriminasi manusia atas dasar genetik yang telah tetap sejak lahir, yang tidak kita diberi pilihan... malah tidak juga menyamakan semua manusia tanpa satu pun kelainan, seolah2nya kita tiada keunikan, keistimewaan atau keperluan yang tersendiri...

tapi Tuhan itu Adil... yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan ialah yang paling bertaqwa... satu ciri yang diberi pilihan sepenuhnya pada kita... andai kita memilih untuk menjadi golongan mulia ini, kebahagiaan hakiki lah yang bakal dimenangi di akhirat yang kekal nanti...

aku ingin tergolong dalam kumpulan ini!! jadi aku mesti terus berusaha mencapai ketaatan sebagai hamba Tuhan, dan mencapai matlamat hidup sebagai manusia di muka bumi ini (yang Allah ceritakan dalam Al-Quran - 2:30 & 51:56)...

^__^

16 April 2011
(menaip sambil2 menunggu bas di North Terrace, Adelaide.)


Comments

Popular posts from this blog

sancTuaRY res0Rt

:: Ramadhan di Adelaide ::