:: Interlude Satu ::
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.."
(Ali-Imran:142)
Ayat Allah di atas menceritakan tentang suasana di Perang Uhud..
Peringatan Tuhan terhadap hamba-hambanya yang sedang berjuang...
Sebagai seorang hamba lemah yang mencari-cari sinar kekuatan,
Al-Quran itu kita baca dan seupayanya kita hayati..
diri ini teringat kata2 ustaz;
kita bukan faqih (ahli fiqh yang expert) yang mencari hukum wajib dan halal
(malah, hukum2 begini kita belajar dari mereka)..
tapi kita adalah muslim yang perlu mengambil mau'izoh (pengajaran) dari isi-isi Al-Quran..
Bila Quran itu dibaca, hati ini perlu dibuka..
kerana Quran itu diturunkan untuk kita...
Tapi kalau kita sendiri tak merasai ayat-ayat Allah itu untuk kita;
takkan sampai mau'izohnye...
takkan tersentak diri kita...
takkan tergerak hati kita...
malah takkan meningkat iman dan amal kita..
Ayat di atas ku petik untuk mengajar diri ini bersabar...
untuk ku ingatkan diri bahawa jihad itu takkan selesai sebelum ajal...
untuk ku 'herdik' diri ini agar malu pada Dia Yang Menyaksikan..
mana mungkin syurga dapat diperolehi kalau diri masih belum nyata sabar...
kalau jihad masih kadang ku buat dengan semangat, dan kadang ku tinggal dengan mudahnya...
Selama dua puluh tiga tahun aku di dunia ini, apa yang telah aku lakukan?
Ternyata amal ku terlalu kecil untuk ku persembahkan pada Dia Yang Maha Mengetahui..
Aku perhatikan sahabat2 di sekeliling...
Ada yang jauh benar dari mata, ada juga yang cukup dekat;
cumalah beberapa langkah dari rumah..
Ada yang ku lihat masih semangat mengejar tarbiyyah, masih tangkas di jalan dakwah..
Ada yang ku tercari2 kelibatnya, tak ku ketahui kemana dia menghilang...
Ada juga yang tatkala ku terpandang, terasa sebak kegembiraan...
malah aku terpesona!
kerana dia yang dulu dan kini, sungguh jauh berbeza hebatnya...
jika dia yang dulu; aku hanya pandang sebelah mata..
dia yang kini membuat aku sangat malu dengan diri sendiri...
sungguh, manusia itu sering berubah...
manusia itu berupaya untuk berubah...
dengan masa, dengan keazaman; perubahan itu mudah...
Comments