:: Kegelapan ::
Bismillah..
Kali ni guna layout gelap..
Sebelum nih seboleh2 nye avoid the dark colours..
to me..
dark colours = dark feelings = dark mood
Kali ni?
oh well...
Sometimes you feel like you can wanna hide behind the shadows~
so here's a dark-shadowy layout..
Question in mind:
Admitting d----t.. is it difficult??
Another Voice at the back of the mind:
You can admit all you want.. but does that solve it all??
tapi dalam gelap.. mesti ada cerah kan?
langit yg hitam.. ada bulan yg putih..
takpun, ada bintang yang kuning..
kalau takde pon.. cume lah gerhana sebentar kan?
hakikatnya, kita tahu cahaya tetap wujud..
somewhere, sometimes..
adakah aneh kalau dalam sedih kita mengharapkan gembira?
dalam kekalahan, kita menunggu kebangkitan...
dalam kekosongan, kita mencari kepadatan...
dan bila keseorangan, kita merasa kewujudan...
lebih beruntung kita ummat islam..
yang di hati tetap ada TUHAN..
walau pahit peria hidup kita,
masih mengharap manis di akhirat sana..
manusia mana yg hidup sentiasa berbunga??
Nabi Muhammad s.a.w pon dilontar batu, ditendang, disumpah, dimaki..
hidup kat dunia mesti ada susah.. ada lemah..
tapi aduhai... syaitan itu memang suka menambah2..
matlamat agungnya: supaya manusia hilang pedoman.. hilang arah tujuan.. lupa diri berTUHAN..
alangkah best nya bila diri rasa kuat..
tapi realitinya??
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.." (Ali-Imran:139)
- Dan tiba2 teringat pada kisah arwah Akh Ariff yang pergi menemui Ilahi hari Jumaat, 11 Dis lalu, selepas 4 jam akad nikah.. Sama2 lah kita hadiahkan Al-Fatihah utk beliau~ *mati itu pasti..bersediakah kita?*
Comments