:: Dari Ummiku Tercinta ::
Anakku... Bila Ummi boleh memilih apakah Ummi berbadan langsing atau berbadan besar k erana mengandungmu, …….. . maka Ummi memilih mengandungkanmu.. K erana dalam mengandungmu Ummi merasakan keajaiban dan kebesaran Allah Sembilan bulan nak... Engkau hidup di perut Ummi Engkau ikut kemana jua Ummi pergi Engkau ikut merasakan ketika jantung Ummi berdetak kerana kebahagiaan Engkau menendang rahim Ummi tika engkau merasa tidak nyaman, tika Ummi kecewa dan berurai air mata Anakku... Bila Ummi boleh memilih apakah Ummi dibedah saja, atau Ummi harus berjuang melahirkanmu, …… maka Ummi memilih berjuang melahirkanmu.... Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu, adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga Kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat Ummi rasakan Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit, yang tak mungkin dapat Ummi ceritakan ke...