Posts

Showing posts from June, 2011

:: Kehebatan "Istighfar" ::

Image
Salam dearest akhawat fillah.. Moga kisah ni banyak manfaat untuk amal2 kita.. dan menjadi amal berharga untuk study kita, insyaAllah ♥ Kisah ni adalah mengenai Imam Ahmad bin Hanbal (seorang tokoh hadith dan ilmuwan fiqh terkenal). Beliau juga adalah pengasas mazhab Hanbali. Antara gelaran beliau ialah "Sheikh ul-Islam" dan "Imam kpd Ahl as-Sunnah." Pada suatu hari (ketika usia Imam Ahmad ni sudah pun agak tua), beliau pergi ke satu pekan. Selepas solat isya' berjemaah di masjid, Imam Ahmad pun berniat nak bermalam di masjid tu sebab beliau tak ada kenalan di pekan itu. Imam Ahmad ni pun tak ada lah nak umum kat semua orang sebagai Imam Ahmad (yang dikenali ramai) sebab beliau ni tawadhu' dan tak nak 'diperbesar2kan'. Tapi, Imam Ahmad tak dibenarkan bermalam di masjid oleh pak guard masjid tu. Dekat2 dengan masjid tu, ada Kedai Roti; dan penjual roti tu nampak seorang tua (Imam Ahmad la tu) telah 'diheret' keluar oleh si pak guard m